Pengasas bersama rakyat Malaysia menentang hukuman mati dan penyeksaan (MADPET) Charles Hector mencadangkan bahawa adalah lebih baik jika kerajaan melantik pegawai kanan atau mana-mana peguam sebagai Peguam Negara yang baharu.<br /><br />Menurutnya, hakim yang masih bertugas tidak langsung boleh dipertimbangkan menjawat jawatan itu bagi mengelak sebarang tanggapan negatif kepada badan kehakiman dan hakim.<br /><br />Bersedia secara langsung untuk mengupas lebih lanjut mengenai isu ini, Datuk Seri Akhbar Satar, Presiden Persatuan Pemeriksa Penipuan Bertauliah, ACFE Malaysia.